Saturday, January 23, 2010

MARUAH BEREGU EMAS BADMINTON TERCALAR

Berita Sukan dipetik dari sumber:Hidayat blogspot

KUALA LUMPUR, Khamis malam Jumaat- Meskipun pasangan beregu emas badminton Kg. Pasir, M.Arip-N.Dayat tak dapat beraksi setelah Arip menarik diri di saat akhir. Namun maruah mereka tetap sedikit tercemar.

Dayat yang digandingkan dengan pemain muda iaitu Raihan T bagi menggantikan Arip telah tumpas kepada pasangan beregu veteran kampung seberang, Nizam P.-K. Mad.

Walaupun baru digandingkan N.Dayat-Raihan T tetap mempamerkan aksi yang membanggakan warga Kg. Pasir. Pada awalnya kombinasi mereka menampakkan kegoyahan dan mereka ketinggalan 9-0.
Nizamkumad
Namun begitu, diatas semangat kesukanan yang kental mereka mula bangkit mempersembahkan corak permainan mantap dan berjaya mengikat kedudukan mata 10 sama.

Seterusnya, para penonton menyaksikan permainan yang sengit antara dua bergu. Servis bertukar tangan dan terus bertukar. Masing-masing tidak mahu menyerah.

Walaubagaimanapun pengalaman menjadi titik perbezaan. Akhirnya kemenangan berpihak kepada beregu veteran Nizam P. dan K. Mad dengan 15-13.

N.Dayat memberi alasan masalah raket. Difahamkan raket hitam kegemarannya telah dihilangkan oleh adiknya. Manakala pemain muda Raihan T. pula difahamkan baru sahaja hendak membaca yassin tetapi terpaksa membatalkan hasratnya setelah mendapat panggilan secara tiba-tiba dan menyatakan tiada persiapan rapi serta awal merupakan punca kekalahan.

Namun tiada alasan yang dapat diberikan lagi setelah mereka terus tumpas dan tunduk kepada beregu tak ternama, Syeh-Nizam.

-

(sumber: Agensi Berita Bernama-Sengal)

No comments:

Post a Comment