Saturday, January 23, 2010

E-JUMP KEMBALI BERSIH

Berita Utama achieve from Hidayat blogspot

SETAPAK, Khamis- E-jump,21 telah kembali bersih setelah disenarai hitamkan oleh pihak JPJ akibat saman-saman yang tertunggak.

Salah satu dari dua saman tersebut adalah kesalahan serius iaitu melanggar lampu isyarat yang mana kompaunnya mandatori RM150 (menurut pegawai trafik yang ditemu kini meningkat RM300).

Penyenaraian hitam tersebut telah mencemarkan reputasi dan imej selebriti muda daerah Keramat itu. Saman_1

Namun setelah menjelaskan dua saman yang berbaki pada pagi ini, Mohd Nizam bin Puteh atau nama glamornya E-jump telah kembali putih bersih dan beliau dapat menghidupkan semula ‘road tax’nya yang telah 2 hari meninggal.

Beliau telah insaf dan kini berazam untuk menjadi pengguna jalan raya berhemah serta menjadi contoh kepada golongan belia. Beliau juga berharap kisahnya akan menjadi teladan kepada anak muda.

-

Ikuti laporan dari skuad Edisi Langsat.

No comments:

Post a Comment