Saturday, January 23, 2010

11 DITANGKAP DISYAKI ‘CLUBBING’


KUALA LUMPUR, Khamis lagi- Jam menunjukkan pukul 9.30 malam dan skuad Edisi Langsat berjaya mengekori sekumpulan belia yang mana dari maklumat awal disyaki menuju ke kelab malam. Walaupun tindakan mereka yang menaiki empat kereta berasingan bagi memperdaya krew Edisi Langsat tetapi kami awal-awal lagi telah dapat menghidu helah tersebut.

Apa yang cukup mengecewakan suspek-suspek tersebut terdiri dari graduan-graduan dan mahasiswa-mahasiswa. Apa nak jadi dengan golongan belia sekarang ini? Bagaimanalah gamaknya masa hadapan negara?

Namun setelah di siasat 11 suspek tersebut bukanlah ke kelab kabaret atau kelab dangdut seperti yang disangkakan. Tetapi ke kelab badminton. Tempat kejadian adalah di Kuala Lumpur Racket Club atau lebih dikenali sebagai KLRC Wangsa Maju.

Clubbing_badminton_1

Dan aksi-aksi mereka telah ditangkap dengan kamera sebagai bukti kes ditutup.

Sekian, Edisi Langsat melaporkan, "11 Ditangkap
Disyaki Clubbing".




ref: Achieve from Hidayat blogspot


No comments:

Post a Comment